Wednesday, August 18, 2010

Pengaruh Inception

Inception arahan Christopher Nolan betul-betul mempengaruhi kehidupan waktu malam aku.Boleh kata hampir setiap malam aku cuba untuk kawal mimpi macam yang Leonardo Dicaprio buat.Aku cuba untuk me-reka dunia aku sendiri dalam mimpi itu.


Bila aku dah berjaya,aku cuba pula untuk masuk ke mimpi lapisan kedua.Cuba buat perkara yang sama pada mimpi tersebut dan berhasil.Aku semakin ghairah untuk mencuba mimpi lapisan ketiga tapi tempoh dia lama sangat jadi aku batalkan saja niat itu.


Dan hasil dari kajian aku secara mendalam terhadap teknik mimpi yang dipertunjukkan dalam Inception berdasarkan teori ilmiah dan fizik psikologi dapatlah aku simpulkan...





'Sebelum tidur basuh kaki dan baca doa tidur nanti mimpi-mimpi mengarut'




Dahla,nak sambung tido.Bye!

Sunday, August 15, 2010

Budak kecik kaki report

Suatu hari sedang aku duduk-duduk depan laptop tiba-tiba datang sepupu aku yang umurnya lingkungan 3 tahun.

"Abang long buat apa tue?" tanya sepupu aku.

"Buat kerja nie...pegi main jauh-jauh" jawab aku sambil balas-balas komen dekat Facebook.

"Ada game tak dekat komputer tue?" tanya dia lagi.

"Takde la,dah pegi main jauh-jauh"

Lalu mereka pun pergi lari jauh,walhal takde jauh mana pun cuma turun tingkat bawah jer.Terus mendapatkan mak aku yang sedang berborak dengan pakcik aku.

"Maklong,abanglong tengok benda lucah dekat komputer" report mereka.





Kurang asam betul!Kecik-kecik dah pandai mereport...ini siapa yang ajar nie?

Saturday, August 14, 2010

Mimpi dalam mimpi

Jadual tidur aku memang tunggang-langgang.Macam kapal si Tanggang,karam di Selat Melaka.Aku suspek kapal yang dekat tepi jalan di Bandar Hilir tue si Tanggang yang punya la.

Jadual tidur aku nie dia punya lari begini,bila aku rasa nak tidur,aku tidur.Tapi rasa nak tidur itu biasanya di siang hari.

Lepas tonton filem Inception itu hari aku cuba implemenkan fantasi yang aku pelajari dari filem berkenaan dan hasilnya memang memberangsangkan.

Begini,aku dah terjaga bila azan subuh berkumandang lalu segera ambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh.Habis tahiyat akhir,Pap! aku terjaga.Rupanya aku hanya bermimpi sembahyang subuh.Kira mimpi aku dua lapisan la,mimpi dalam mimpi.

Kau rasa setan ker aku yang salah dalam hal nie?

Friday, August 13, 2010

Penyelesaian kes buang bayi paling berkesan!

Orang sibuk bising sana-sini bayi kena buang.Takde hati perut.Benci keganasan.Benci buang bayi.Macam-macam.

Tapi bila nak laksanakan hukum hudud,sibuk pula cakap hukuman terlalu kejam.Malaysia berbilang agama jadi sukar laksanakan.Dan seribu satu lagi alasan untuk tidak melaksanakannya.

Aku cakap senang jer,apa-apa masalah pun kita kena balik kepada punca asal.

Nak buat macamana,yang memimpin otak pun bebal.Mungkin boleh terima sebab tiada kefahaman mendalam dalam bidang agama.

Tapi kalau golongan agama sendiri menentang apa cite?

Jawab dekat akhirat nanti sudah.Oh! lupa nak bagitahu soalan dia bukan objektif tau!

Thursday, August 12, 2010

Pengalaman aku pandu uji Bugatti Veyron

Walaupun kaya aku yakin tak ramai orang Malaysia yang pernah pandu Bugatti Veyron.Ayat tak ramai itu mungkin boleh berubah kepada tak ada.Ya! tak ada.Siapa pula yang pernah pandu kereta harga RM16 juta di Malaysia?

Kunjungan aku ke Perancis hari itu sempat singgah ke kilang Bugatti Veyron.Entah mimpi apa mereka boleh bagi aku pandu uji.













Celah mana aku pergi Perancis?Tak elok tipu bulan Ramadan.

Kemalangan kurang ngeri

Waktu itu aku baru lepas SPM,serius baru sebab keputusan tak keluar lagi.

Ibubapa pula sedang menunaikan haji tatkala itu jadi anaknya yang dirumah memegang jawatan ketua keluarga sementara mula gila kuasa.

Terus capai kunci kereta nak ajak kawan jalan-jalan sebab masa itu baru dapat lesen jadinya agak teruja juga untuk memandu tanpa cikgu di kiri.

Mulanya hanya memandu sekitar kawasan perumahan tapi sebab bosan dah rasa tak mencabar terus pergi ke kawasan perumahan seberang jalan.

Dari jalan-jalan biasa lalu sampai ke kawasan sunyi tak berpenghuni dan akhirnya tiba disatu kawasan perumahan penuh berbangsa India.

Entah apa sialnya,ada bas sekolah berhenti tengah jalan.Bila jerit suruh alih baru dapat tahu rupanya bas itu rosak jadi nak tak nak kena menyelit ke tepi kalau nak lalu.

Dengan berhati-hati,aku selit ke tepi.

Tiba-tiba baru perasan ada pasu bunga pecah di bahu jalan jadi aku sengetkan sedikit stereng untuk mengelak rupanya yang sini elak,yang sana pula kena.Bergarit bumper bas dekat dinding kereta aku.

Turun kereta maki-maki pemandu bas berbangsa India tapi bila orang India sekeliling semua dah kerumun aku terus lari takut kena pukul.

Balik terus parking bawah garaj dan diam-diam saja sampai ibubapa balik haji.

Orang baru balik haji mana boleh marah,iye tak?

Pengenalan

Bulan Ramadan membawa seribu pengertian.Tatkala syaitan-syaitan dibelenggu,nafsu bermaharajalela.

Sedang yang lain menunaikan solat terawih,terdapat segelintir yang memenuhkan saf di disko.

Jadi mahu salahkan syaitan lagi?

Syaitan yang hasut...

Syaitan yang suruh...

Jadinya sekarang siapa yang syaitan?

Mungkin terlalu serius untuk permulaan jadinya kita pergi kepada bahagian yang lebih ringan.Bukan ringan-ringan,Ok?

Bahagian yang ringan...Kelahiran blog ini!

Tahniah!

Tahniah!